Aku sudah tua. Bagi aku, hidup aku tak kenal usia, tapi tak mudah untuk aku menjadi seperti mereka. Persoalannya adalah."Adakah aku mahu menjadi seperti mereka?" Aku juga tidak pasti. Mungkin aku masih belum kenal lagi diri aku sendiri. Ya. Walaupun aku sudah banyak umur, walaupun aku sudah banyak makan garam, tapi aku masih tidak kenal dunia. Jujur aku katakan yang aku sebenarnya tidak mahu kenal dunia. Aku lebih rela tinggal seorang. Tapi, apabila bersama mereka, aku nampak mereka sangat bahagia, dan aku jadi cemburu. Aku cuba masukkan diri aku dalam kalangan mereka. Aku cuba. Persoalannya, "Adakah aku terlalu mencuba untuk menjadi seperti mereka?" Mungkin. Aku tidak kenal lagi siapa aku.
Comments
Post a Comment